www.bakso-kaget.com News: Virus paling mematikan di dunia

1. Influenza
Antara kes terburuk influenza adalah "Selesema Sepanyol" pada tahun 1918. Dianggarkan sebanyak satu pertiga populasi global dijangkiti ketika itu. Virus ini telah menyebabkan lebih banyak kematian daripada Perang Dunia Pertama, iaitu hampir 100 juta nyawa. Kadar kematian oleh virus ini ketika itu adalah 20%, berbanding selesema biasa iaitu hanya 0.1%.
Ia tersangat binasa, sehinggakan mampu membunuh mereka yang sihat. Ia disebabkan oleh ketegangan yang berlaku dalam badan menyebabkan reaksi dasyat yang dikenali sebagai "ribut sitokin". Apabila ini terjadi, mereka yang mempunyai sistem imun paling kuat (individu sihat), berhadapan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.
2. HIV
Kes pertama berlaku di Congo pada tahun 1959, dan ia merebak ke Amerika Syarikat menjelang pertengahan tahun 1960. HIV meneyrang sistem ketahanan badan yang menyebabkan pesakit mudah dijangkiti pelbagai jenis jangkitan. Dan apabila sistem ketahanan badan telah dikompromikan pada tahap tertentu, penyakit tersebut digelar sebagai AIDS. Badan yang tanpa sistem imun yang efektif menjadi rumah kepada bakteria, virus, parasit dan kulat. 
3. Demam berdarah tular
Virus ini adalah virus yang sangat menakutkan di abad ke-21. Antara virus dari keluarga ini adalah virus Ebola dan Marburg. Virus-virus ini tidak mempunyai rawatan yang efektif dan juga tiada vaksin. Kadar kematian oleh virus ini adalah 90%.
Kedua-dua virus Ebola dan Marburg tidak dapat dibezakan secara klinikal. Tanda-tanda virus seseorang dijangkiti virus ini adalah demam yang diiringi dengan sakit seluruh badan, sendi, otot, kejang perut, dan sakit kepala.
4. Rabies
Perkataan "rabies" bermaksud "kegilaan" dalam bahasa latin. Ia merupakan antara penyakit yang paling digeruni sejak zaman purba lagi. Dan rabies yang paling berbahaya dikenali sebagai "furious rabies", yang menjejaskan 80% daripada mereka yang dijangkiti. 
Pelbagai petanda disebabkan oleh rabies, termasuklah kebingungan, kemarahan dan paranoid. Pesakit juga akan menunjukkan rasa takut terhadap air, dan seolah-olah menjadi panik, walau hanya diberikan minuman.
5. Hepatitis
Terdapat 5 jenis hepatits yang berjangkit, iaitu bermula dari huruf A hingga E. Namun hepatitis yang paling berbahaya adalah hepatitis B. Hampir 700,000 nyawa melayang setiap tahun disebabkan hepatitis B.
Hepatitis adalah penyakit yang menyerang organ hati. Ia biasanya dipindahkan daripada seorang ibu kepada anak. Ia juga boleh disebarkan melalui pemindahan darah, membuat tatu, jarum suntikan yang kotor dan juga aktiviti seksual. 

Usaha Kuliner Terbaik Bakso Kaget

Further Information :
HP/WA : 0821.2828.9977



Official Website :




Komentar